Lapisan atmosfera dan litosfera dicemari
pelbagai bahan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia. Bahan seperti
karbon monoksida dan hirokarbon merupakan kesan sampingan daripada
aktiviti pembakaran petrol enjin kenderaan. Racun makhluk perosak yang
digunakan secara meluas juga mencemari udara dan air. Jika keadaan ini
dibiarkan berterusan, alam sekitar kita akan menghadapi pelbagai kesan
langsung dan tidak langsung susulan sikap tamak manusia. Justeru,
langkah segera wajar diambil untuk menyelamatkan bumi kita daripada
terus dicemari.
Kempen kesedaran mengenai program kitaran
semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh
negara. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang
ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol,
plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas
atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini•melibatkan kos yang
tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu
pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.
Racun makhluk perosak patut dielakkan
penggunaannya kerana ia menyebabkan barah dan merosakkan buah pinggang.
Racun serangga dalam bentuk semburan yang mengandungi gas metana
(methane) perlu dielakkan sama sekali kerana ia boleh mencemarkan dan
membocorkan lapisan ozon. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif
pengawalan serangga seperti pertanian organik dan pertanian dalam rumah
kaca patut diperluas. Ini dapat mengelakkan pencemaran alam. Selain itu,
pengawalan serangga secara biologi boleh digunakan tanpa menjejaskan
alam sekitar.
Dalam keghairahan menjadi negara
industri, Malaysia tidak patut mengabaikan masalah penebangan hutan.
Negara-negara maju telah memusnahkan sebahagian besar hutan simpanan
mereka sehingga kawasan tadahan mereka telah berkurang. Pengurangan
kawasan tadahan ataupun hutan simpanan bukan sahaja telah meningkatkan
suhu, malahan menimbulkan masalah kekurangan air bersih. Dengan
mengekalkan kawasan hutan simpanan, kawasankawasan tadahan air adalah
terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penghasilan hujan. Selain itu,
pemaju perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang boleh di
tapak projek mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawasan
perumahan. Selain membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat
menyerap karbon dioksida dan membantu dalam proses pemeluwapan.
Kerajaan juga perlu mengkaji setiap
permohonan untuk mendirikan kilang dengan teliti. Pihak kerajaan hares
memastikan agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin
mendirikan kilang atau industri yang berbahaya atau yang boleh
mencemarkan alam sekitar. Ini penting kerana buangan industri seperti
bahan kimia, gas beracun, asap kotor dan pencemaran bunyi boleh
mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.
Stesen-stesen janakuasa di Malaysia
menggunakan bahan api seperti gas asli, disel dan batu arang. Permintaan
yang tinggi untuk elektrik menyebabkan stesen-stesen jana kuasa
beroperasi lama dan menggunakan bahan api yang melepaskan sulfur
dioksida. Sulfur dioksida menjejaskan atmosfera dan segala kehidupan di
bumf. Langkah paling bijak adalah dengan mencari sumber alternatif
seperti tenaga suria, kuasa angin ataupun kuasa ombak yang tidak
menjejaskan alam sekitar kita.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar
merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian serius dan segera.
Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, selain
menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang
dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala
kehidupan di planet ini pasti akan menghadapi kepupusan.
http://mazlan66.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment