Sunday, 15 April 2012

Hukum Pegang Anjing Dan Babi

Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan.
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.


THANKS FOR READING ;)

No comments:

Post a Comment