Sunday, 13 May 2012

Sebab wanita mudah masuk neraka

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Keranakamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)


THANKS FOR READING ;)

Teknik sebelum menghadapi peperiksaan

Peperiksaan boleh diibaratkan seperti sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon.

Ianya menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, walaupun dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. 

Sebelum Peperiksaan :

• Betulkan niat (islah wa tajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

• Kenali (ta’yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik.

• Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.

• Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala’ah dan muraja’ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exam bermula.

• Setkan (tathbit) target untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan target setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong.

• Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. 

• Bina komuniti (ijma’ wa tabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.

• Ajar (ta’lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.

• Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior dan kepada kawan-kawan yang lain.

• Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam’ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.

• Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma’thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.

• Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia terganggu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.

• Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.

• Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.

• Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


Disediakan oleh :
Unit Pengkuliahan & Tutorial
Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011
THANKS FOR READING ;)

kebersihan mengelakkan keracunan makanan

Media massa sering menyiarkan berita tentang keracunan makanan, terutamanya yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak sekolah yang makan di kantin atau di asrama sekolah.
Menteri kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam laporan media mengatakan bahawa, pada tahun 2009, sebanyak 303 kes keracunan makanan, manakala pada tahun 2010, sebanyak 313 kes keracunan makanan telah dilaporkan di seluruh negara. Beliau juga berkata sebanyak 50 peratus daripada 311 kes keracunan makanan yang dilaporkan sepanjang 2010, berlaku di kantin sekolah.
Keracunan makanan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia juga boleh membawa kematian kalau masalah keracunan yang dialami adalah kritikal, terutamanya kepada kanak-kanak yang masih lemah daya pertahanan diri mereka. Oleh itu keselamatan makanan hendaklah diberi perhatian.
Keselamatan makanan bermakna apabila makanan dimakan, ia tidak mengandungi bahan pencemaran pada paras yang berbahaya.  Semua orang, sama ada yang menghasilkan, mengeluarkan, mengedarkan, menyediakan atau memakan makanan, adalah sebahagian daripada rangkaian makanan.  Oleh itu, keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama yang memerlukan usaha setiap sektor,  iaitu kerajaan, industri makanan dan pengguna.

Salah satu sebab mengapa keracunan makanan sering berlaku adalah pengendalian makanan yang tidak sempurna di rumah. Mengendalikan makanan dengan cara yang selamat adalah penting untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan para pelanggan, terutama sekali ketika menyediakan makanan untuk bayi, kanak-kanak, wanita hamil, orang tua dan mereka yang menghidapi masalah imuno.  Golongan ini lebih mudah mendapat keracunan makanan daripada orang dewasa yang sihat.

Dengan melaksanakan beberapa amalan mudah dan baik, ia dapat mengelakkan pencemaran serta pertumbuhan dan pembiakan bakteria dalam makanan. Antara amalan tersebut ialah:
• Pilih makanan dengan teliti.
• Cuci dan simpan bersih.
• Asingkan makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak.
• Masak makanan dengan sepenuhnya.
• Simpan makanan pada suhu yang selamat.

Sebagai  pengguna ,  anda  mempunyai   kawalan  secara   langsung   ke   atas keselamatan makanan yang disediakan untuk diri dan keluarga anda.  Anda boleh melakukan ini dengan melengkapi diri anda dengan ilmu pengetahuan mengenai risiko keselamatan makanan, dan amalan makanan yang selamat bagi mengelakkan risiko tersebut.  Anda juga boleh menghadiri atau menghantar anak-anak anda untuk ceramah mengenai keselamatan makanan. Dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai, anda boleh memainkan peranan dalam melindungi kesejahteraan diri dan keluarga anda.

Industri makanan juga bertanggungjawab bagi keselamatan makanan yang ditawarkannya kepada pengguna. Pengeluar, pengimport dan pengedar makanan perlu mengekalkan piawaian keselamatan yang tinggi dengan mematuhi syarat-syarat yang ketat. Pengusaha industri makanan yang bertanggungjawab meningkatkan keyakinan awam terhadap produk mereka dengan merangkumkan program memastikan keselamatan makanan dan amalan kebersihan di dalam operasi mereka. 

Oleh kerana keracunan makanan di kantin sekolah menjadi isu yang hangat, pihak sekolah dan pengusaha kantin harus memainkan tanggungjawab bagi menggelakkan berlakunya keracunan makanan.

Antara langkah yang perlu diambil oleh pengusaha kantin adalah seperti berikut:
• Pengusaha kantin sekolah haruslah lebih bertanggungjawab tanpa mementingkan keuntungan
• Baki lebihan makanan tidak boleh dijual atau dihidangkan semula kepada murid-murid.
• Menjaga kebersihan diri pekerja dari segi pakaian, fizikal dan kesihatan.
• Penyediaan makanan hendaklah sempurna dengan memastikan bahan penyadiaan hendaklah dibersihkan dengan baik, sistem penyimpanan makanan hendaklah dikawal, bahan tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan dan bahan yang telah tercemar hendaklah dibuang secara teratur
• Persekitaran memasak hendaklah dipastikan sentiasa bersih, iaitu kawasan memasak/kantin (lantai) mesti bersih, kantin mesti berjauhan daripada tempat pembuangan sampah, sistem perparitan berhampiran kantin mesti bersih dan sempurna

Antara langkah yang harus dilakukan oleh pihak sekolah dalam menangani masalah ini adalah seperti berikut:
• Melakukan Pemantauan secara berterusan oleh pihak sekolah, sama ada secara secara berjadual atau secara mengejut.
• Mengenakan kompaun kepada pengusaha.
• Menggantung dan membatalkan lesen/tender pengusaha sehingga tahap piawaian kesihatan memuaskan.
• Menganjurkan ceramah kesedaran kepada kanak-kanak tentang betapa pentingnya keselamatan makanan dan bagaimana memastikan makanan yang mereka makanan adalah bersih dan selamat.
sumberhttp://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/isu-makanan/632-kebersihan-mengelakkan-keracunan-makanan

THANKS FOR READING ;)

pengangkutan perlu disediakan kepada OKU

Pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi seseorang untuk menerokai sesebuah Bandar. Sistem pengangkutan awam adalah perkhidmatan pengangkutan penumpang bersama yang sedia untuk digunakan oleh masyarakat umum, di antaranya teksi, bas, LRT, keretapi, feri dan kapal terbang.

Pengangkutan awam tidak dapat dielakkan bagi kemajuan sesebuah Negara. Ia penting kepada semua orang terutamanya bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Pengangkutan awam juga merupakan satu aspek yang penting bagi industri pelancongan di sesebuah negara sedang membangun seperti Malaysia. Pelancong bergantung kepada pengangkutan awam untuk menjelajahi sekitar Malaysia.

Satu faktor yang penting berkaitan pengangkutan awam bagi pengguna ialah kebolehaksesan, iaitu sistem pengangkutan awam yang boleh diguna dan diakses oleh semua orang, termasuk OKU, wanita mengandung, warga emas, orang berjalan dengan troli atau kereta bayi.

Di Malaysia, kebolehaksesan menjadi halangan utama bagi golongan OKU untuk menyertai aktiviti sosial dan ekonomi seharian, seperti bekerja, membeli-belah, bersenaman atau berekreasi. Kekurangan ini menjejas kualiti hidup golongan OKU.

Kebolehaksesan sistem pengangkutan awam tidak terhad pada bas sahaja, tetapi perlu mempertimbangkan infrastruktur yang sedia ada. Infrastruktur yang berkaitan adalah seperti pejalan kaki, stesen bas dan hub pengangkutan.

Sebagai contoh, walaupun bas menyediakan kemudahan bagi pengguna OKU yang berkerusi roda, tetapi pengguna kerusi roda masih tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas itu, kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah akibat keadaan persekitaran yang tidak mesra OKU.

Perjalanan seseorang bermula dari:
- Rumah
- Pengangkutan awam
- Destinasi
- Pengangkutan awam
- Rumah
Bermula dari rumah, beliau memerlukan pengangkutan awam untuk sampai ke destinasi. Kemudian dari destinasi tersebut, beliau sekali lagi menggunakan pengangkutan awam untuk balik ke rumah. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengangkutan awam kepada seseorang sama ada OKU ataupun orang biasa.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, OKU yang berdaftar adalah kira-kira 280 ribu orang, dan terdapat ramai lagi yang tidak berdaftar. Untuk menaikkan taraf hidup golongan OKU, mereka perlu berdikari dan pengangkutan awam memainkan peranan yang penting dalam kehidupan OKU.

Kesimpulannya, kepentingan kebolehaksesan pengangkutan awam memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat, khususnya OKU bagi membolehkan mereka dapat turut serta dan memainkan peranan berkesan dalam masyarakat. Oleh itu, tanggungjawab kerajaan untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam yang sedia ada bagi manampung keperluan semua orang.

sumberhttp://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/isu-oku/284-pengangkutan-awam-perlu-sedia-kemudahan-akses-oku

THANKS FOR READING ;)

Saturday, 12 May 2012

Anatomi Mukminah

]

Sumber :http://www.facebook.com/photo.php?fbid=395631050481212&set=a.217307644980221.57235.194177980626521&type=1&theater
THANKS FOR READING ;)

Fesyen Tudung Zaman Sekarang





UNTUK KAUM MUSLIMAH, PERHATIKANLAH GAYA FESYEN TUDUNG ANDA......

"Sesiapa yann menyerupai sesuatu kaum, maka termasuk dia di dalam golongan mereka". (Riwayat Abu Daud, Dishahihkan oleh Ibnu Hibban)





Sumber : 
http://www.facebook.com/muhasabah.diri.54
THANKS FOR READING ;)

6 Sebab Wanita Islam Dilarang Dan Diharamkan Memakai Legging


1. Berpakaian tetapi telanjang.
sabda Rasulullah s.a.w. :
“akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan.” (sokhih bukhori) Kononnya sudah bertudung, memakai baju, kain dan seluar apabila keluar, tetapi masih ditafsirkan sebagai ‘telanjang’ ?. Kerana, baju, kain dan seluar yang dipakai wanita itu tidak benar-benar dan tidak sungguh-sungguh melindungi dan menutupi bahagian-bahagian aurat badannya.
a) Warna fabrik kain atau seluar sama warna dengan kulit.
b) Fabrik kain terlalu nipis.
c) Fabrik terlalu lembut dan apabila lembut ia menampakkan alur bentuk badan wanita itu.
d) Tidak longgar (ketat) maka ia mengikut potongan badan seperti betis, peha, punggung, alur vagina, bentuk buah dada dan pinggang.
Wanita-wanita ini berjalan ke sana ke mari hanya berpakaian secara fizikal, tetapi lelaki-lelaki yang memandang mereka dengan ‘senang dan segera’ dapat membogelkan mereka dengan pandangan mata.
2. VPL (Visible panty line)
Merujuk kepada wikipedia, VPL adalah “A visible panty line is the situation when the outline of a person’s underwear is visible through the clothing. The underpants may be seen as a ridge or depression in the clothes, or as a result of the clothing material being sufficiently transparent.” Senang cerita, seluar ketat dan legging boleh menampakkan bentuk bontot dan bayangan seluar dalam wanita dari pandangan luar.
Many cultures disapprove of the display of underwear, and a visible panty line is generally considered undesirable and embarrassing. Banyak budaya (terutama sekali Islam) menyatakan dengan tegas bahawa seluar ketat (LEGGING) ini menyakitkan mata lelaki (maksiat mata) dan menjatuhkan maruah wanita.
At the same time, a visible panty line is at times deliberately created for its erotic impact.
Oleh kerana Legging itu sangat ketat, ditambah pula dengan berkilat ia akan menyebabkan wanita yang memakai itu menonjolkan imej seksi dan erotik serta menimbulkan rasa stim ke atas lelaki-lelaki yang memandang.
3. Nampak bentuk bontot dan alur vagina.
Bukan lucah atau kasar, tetapi itulah kesannya memakai legging di tempat terbuka. Memang bodoh wanita Islam yang sudah tahu dirinya mempunyai betis yang mampat, peha yang gebu dan bontot yang agak besar TETAPI berani memakai legging ketat bersama baju kontot atau pendek di hadapan lelaki-lelaki bukan suami. Memang bodoh !
Amat mudah para lelaki untuk meng X-ray apa yang terselindung di sebalik legging itu. Kemudian, bermain-mainlah idea-idea kotor dan fantasi cabul, rogol di dalam minda lelaki-lelaki itu.
4. Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan pakaian seksi.
Pakai tudung ? Bagus ! Itu menepati kehendak Islam. Tetapi kenapa anda (wanita) memakai bersama seluar ketat dan legging pula…?? Itu namanya mencampur adukkan yang HALALdengan yang HARAM. Air dan minyak tidak boleh bercampur.
Tudung + Baju labuh dan longgar + Seluar longgar = HALAL
Tudung + Baju sendat dan kontot + Seluar ketat dan legging = HARAM…??
Tudung + Baju labuh + Legging = HARAM…??
Walaupun LEGGING dipakai bersama tudung dan baju paras lutut sekalipun, ia tetap tidak sesuai dari segi peraturan pemakaian Islam kerana bahagian betis wanita masih nampak ‘ketat’. Maka ia juga menampakkan bentuk aurat wanita.
Sesetengah wanita menganggap pemakaian Islam ini kolot, tetapi sebenarnya tujuannya adalah untuk melindungi maruah wanita Islam dari pandangan seksual kotor si lelaki. Ini adalah kerana hampir keseluruhan bahagian tubuh wanita termasuklah kaki, betis, peha, punggung, kemaluan, dada, leher dan malah wajah wanita sangat mudah mencetuskan nafsu seksual lelaki. Seterusnya ini boleh mengundang imaginasi kotor dan persepsi jahat si lelaki terhadap wanita Islam itu.
Oleh itu, jika mahu menutup aurat dan berimej wanita sopan, biarlah bersungguh-sungguh. Baru mendapat pahala.
5. Legging Itu Pakaian Berunsur Fetish Seksual
Sexual fetishism, or erotic fetishism, is the sexual arousal a person receives from a physical object. Fetish seksual adalah rasa teruja dan terangsang nafsu seks apabila menyentuh atau melihat bahagian atau aksesori wanita yang tertentu contohnya LEGGING dan SPANDEX.
Jika dicari terma SPANDEX dan LEGGING di internet, banyak yang menghubungkaitkannya sebagai pakaian perangang nafsu seks lelaki. Dengan kata mudah, LEGGING sering dimanipulasikan di dalam gambar-gambar lucah wanita.
Secara agak kasar, pantyhose, tights, spandex dan legging adalah pakaian yang dikategorikan fetish yang mampu menyebabkan para lelaki merasa stim dan ereksi penis.
Bayangkanlah anda seorang wanita Islam ditambah pula sudah berkahwin, berjalan ke sana ke mari di tempat awam memakai legging ketat dan kemudian disaksikan dan direnung oleh mata lelaki-lelaki yang gila perempuan.
Anda sengaja mencari nahas.
6. Pemujaan Kecantikan Wajah Dan Bentuk Badan Hanya Untuk SUAMI Sahaja.
Berhias untuk suami. Bermake-up cantik suami. Pakai baju tidur seksi untuk suami. Pakai mini skirt untuk suami. Pakai seluar ketat untuk suami di ranjang. Pakai legging ketat nampak bentuk peha dan bontot untuk suami. Pakai baju jarang untuk suami. Pakai seluar jeans ketat untuk menggoda nafsu seks suami. Semuanya khas dan istimewa untuk merangsang nafsu seks suami bukan lelaki-lelaki di tempat awam atau di tempat kerja.


THANKS FOR READING ;)

Sunday, 6 May 2012

rokok bahaya untuk pelajar

A. Manfaat Menjaga Kesehatan Diri

Setiap orang harus menjaga kesehatannya supaya memiliki jasmani dan rohani yang kuat dan sehat, sehingga dapat menjalani hidup dan kehidupannya. Untuk menjaga jasmani yang kuat dan sehat diperlukan rohani yang kuat dan sehat pula artinya rohani yang tidak mudah tergoda oleh berbagai godaan yang dapat menjerumuskan diri pada perbuatan yang merusak jasmani.
Olahraga menjadi faktor pendukung dalam menjaga kesehatan diri sendiri. Salah satu hal yang menjadi faktor rusaknya kesehatan jasmani dan rohani adalah merokok . Kita harus berpikir jauh ke depan bahwa merokok dapat merusak kesehatan. Caranya dengan menghindari mengkonsumsi atau melakukan kebiasaan-kebiasaan yang dapat mengganggu kesehatan, seperti merokok. Karena kebiasaan merokok dapat mengakibatkan ketergantungan yang dapat menganggu kesehatan.
Rokok sendiri adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (bervariasi tergantung negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah . Dan merokok pada awalnya adalah keperluan spiritual, seperti memuja dewa atau roh dari suku bangsa Indian di Amerika.

B. Bahaya Kebiasaan Merokok

Saat ini, terdapat 1.100 juta penghisap rokok di dunia. Tahun 2025 diperkirakan akan bertambah hingga mencapai 1.640 juta orang. Setiap tahunnya, 4 juta orang meninggal dunia karena kasus yang berhubungan dengan tembakau. Tahun 2030, gambaran ini akan meningkat mencapai angka 10 juta. Berdasarkan laporan Badan Kesehatan Dunia (WHO) tahun 1999, sekitar 250 juta anak-anak di dunia akan meninggal karena tembakau apabila konsumsi tembakau tidak dihentikan
Merokok sangat berbahaya bagi kesehatan, karena di dalam rokok sendiri terdapat ribuan unsur zat kimia yang terkandung. Dengan merokok, sama saja dengan menggunakan zat kimia secara tidak langsung dan juga menghancurkan organ-organ tubuh.
Secara garis besarnya, merokok dapat membahayakan kesehatan tubuh. Berdasarkan penelitian dokter, berbagai jenis kerugian merokok, yaitu:
1. Timbulnya penyakit kanker (kanker darah, kanker otak, kanker kulit)
2. Terjangkitnya penyakit jantung (kelainan jantung)
3. Timbulnya bercak-bercak di paru-paru (paru-paru berlubang)
4. Penyakit ginjal (karena tidak berfungsinya ginjal)
Menurut survei di beberapa SMP di Jakarta, setiap siswa di sekolahnya mulai mengenal bahkan mencoba merokok dengan presentase 40% sebagai perokok aktif yang terdiri atas 35% putra dan 5% putri. Dan berdasarkan pemantauan lanjutan dari para pelajar yang merokok itu sebanyak 25% Drop Out.
Kebiasaan merokok bagi para pelajar bermula karena kurangnya informasi dan kesalahpahaman informasi, termakan iklan atau terbujuk rayuan teman. Diperoleh dari hasil angket Yayasan Jantung Indonesia sebanyak 77% siswa merokok karena ditawari teman.
Sehingga Yayasan Jantung Indonesia mendapat kesimpulan:
1. Dengan merokok dapat membuat pandai bergaul
2. Orang yang merokok terkesan lebih keren
3. Merokok meningkatkan prestasi belajar
4. Merokok dapat menghangatkan tubuh
5. Merokok membuat kelihatan dewasa
6. Merokok membuat penampilan lebih keren.
Hasil kesimpulan itu tidak benar, karena orang merokok tidak akan mungkin mendapat prestasi, penampilan dan lain sebagainya. Justru orang yang merokok mukanya terlihat pucat, mata agak merah dan berair, giginya kuning kehitam-hitaman, bibirnya tidak merah terang agak kehitaman, bau mulut dan bau badan
Gubernur DKI Jakarta mengeluarkan Surat Keputusan Nomor 402/Tahun 1990 yang isinya bahwa sekolah di DKI Jakarta bebas rokok. Berdasarkan Peraturan daerah No.2 tahun 2005 ditetapkan larangan merokok di tempat-tempat umum di DKI Jakarta
Pemerintah juga diharapkan membuat kebijakan mengenai distribusi dan promosi rokok di masyarakat, karena menurut hasil survei Sensus Nasional tahun 2004 jumlah perokok di usia 19 tahun meningkat menjadi 78,2% dari 68,8% pada tahun 2001.

C. Zat Kimia dalam Rokok

Asap rokok membahayakan bagi yang menghirup, menghisap atau terhisap, karena setiap asap rokok mengandung kurang lebih 4000 unsur zat kimia yang berbahaya bagi kesehatan. Beberapa zat berbahaya yang terkandung di dalam rokok, misalnya :
1. Nikotin
Nikotin adalah jenis zat yang terdapat pada tembakau, bersifat racun dan menyebabkan ketergantungan atau ketagihan. Rokok yang dihisap, nikotinnya akan memasuki otak dan berpengaruh pada saraf otak, serta menyebabkan jantung bekerja lebih cepat dengan meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah. Nikotin juga dapat mengakibatkan lemahnya organ tubuh, antara lain:
1. Kulit kurang darah dan kurang oksigen
2. Wajah agak pucat , kaku agak kebiruan
3. Penyumbatan pembuluh nadi (serangan jatung)
4. Penyumbatan pembulu nadi otak (stroke)
2. Tar
Salah satu unsur dalam asap rokok adalah tar yang sangat cepat menyebabkan gejala penyakit kanker karena terkandung bahan-bahan karnosigen, yaitu unsur kimia penyebab kanker.
3. Karbon Monoksida
Karbon monoksida (CO) adalah gas beracun yang paling berbahaya, karena memopunyai daya ikat yang kuat terhadap butir darah merah yang seharusnya membawa oksigen. Jadi, jika nikotin menyebabkan peningkatan kebutuhan akan oksigen, CO justru mengurangi pemasukan oksigen dalam darah. Keadaan ini menyebabkan perokok sering bernapas pendek dan kurang stamina. CO juga mempercepat penyempitan pembuluh darah terutama sekali pada jantung dan kaki

D. Pengaruh Rokok Bagi Kesehatan

1. Jangka Pendek
a. Asap rokok dapat merangsang batuk
b. Asap rokok menyebabkan saluran napas menyempit yang berlangsung antara 30-40 menit
c. Asap rokok melumpuhkan peralatan pembersih pada saluran napas yang menyebabkan napas sesak
d. Bahan-bahan beracun dari asap rokok diserap oleh darah masuk ke seluruh tubuh, sehingga menimbulkan pusing dan sakit kepala.
2. Jangka Panjang
a. Terjadinya gangguan fungsi paru-paru secara potensial
b. Menyebabkan produksi lendir pada saluran napas berlebihan setelah kurang lebih 15 tahun merokok
c. Penyempitan saluran napas yang menetap dengan gejala sesak napas
d. Sebesar 80% dari pengaruh rokok dapat mengakibatkan kanker
e. Memperbesar tingkat penyempitan / pengerasan pembuluh darah
Secara khusus tembakau menimbulkan dampak-dampak negatif, khususnya bagi perempuan, antara lain:
- Penelitian Joseph Cullman terhadap 17.000 perempuan hamil dan bayi yang baru lahir di Inggris menunjukkan bahwa bayi dari perempuan yang merokok memiliki peluang lebih besar untuk memiliki berat tubuh lebih rendah dan beresiko tinggi untuk lahir hidup atau, kalaupun bertahan hidup paling lama 28 hari
- Merokok penyebab utama kanker tenggorokan. Sekitar 90 persen kematian perempuan yang mengidap kanker tenggorokan diakibatkan oleh kebiasaan merokok. Tahun 1950, kematian perempuan akibat kanker tenggorokan terhitung hanya 3 persen, namun pada tahun 2000 meningkat menjadi 25 persen.
- Perempuan merokok memiliki peningkatan resiko mengidap stroke ischemic dan peripheral vascular atherosclerosis. Penghentian kebiasaan merokok mengurangi resiko penyakit hati koroner satu hingga dua tahun setelah berhenti merokok
- Beberapa penelitian menyatakan bahwa merokok dapat menyebabkan gangguan fungsi menstruasi, misalnya rasa nyeri dan menstruasi yang tidak teratur. Perempuan merokok mendapatkan masa menopause lebih cepat daripada perempuan yang tidak merokok
- Merokok selama kehamilan beresiko terhadap pecahnya membran secara prematur, plasenta terpisah dari uterus, dan lokasi plasenta yang tidak normal
- Perempuan merokok lebih cepat mengalami kerapuhan tulang

E. Upaya Pemerintah

Untuk itu, berbagai langkah perlu segera dilakukan pemerintah, baik upaya penanganan terhadap zona perokok aktif maupun pasif. Langkah-langkah tersebut bisa ditempuh dengan:
(1) membuat dan memasukkan materi bahaya merokok pada kurikulum di sekolah dasar dan menengah, sekolah kedokteran atau sekolah paramedis;
(2) membuat kegiatan yang mendukung antirokok dan bahaya merokok pada usia sekolah.
(3)membangkitkan kesadaran tentang bahaya merokok, kecanduan rokok, dampak sosial ekonomi akibat rokok pada publik (terutama anak-anak dan remaja)

sumberhttp://jeniuspemalas.blogspot.com/2009/06/bahaya-merokok-untuk-pelajar.html
THANKS FOR READING ;)

masalah obesiti

Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan  dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion  penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity

Obesiti di kalangan kanak –kanak & remaja

Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti
1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.

Standard Pengiraan Obesiti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak

sumberhttp://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/207-obesiti-di-malaysia-apakah-yang-perlu-dilakukan

THANKS FOR READING ;)

pencemaran pada air dan tanah

Penyebab terjadinya pencemaran lingkungan sebagian besar disebabkan oleh tangan manusia. Pencemaran air dan tanah adalah pencemaran yang terjadi di perairan seperti sungai, kali, danau, laut, air tanah, dan sebagainya. Sedangkan pencemaran tanah adalah pencemaran yang terjadi di darat baik di kota maupun di desa.
Alam memiliki kemampuan untuk mengembalikan kondisi air yang telah tercemar dengan proses pemurnian atau purifikasi alami dengan jalan pemurnian tanah, pasir, bebatuan dan mikro organisme yang ada di alam sekitar kita.
Jumlah pencemaran yang sangat masal dari pihak manusia membuat alam tidak mampu mengembalikan kondisi ke seperti semula. Alam menjadi kehilangan kemampuan untuk memurnikan pencemaran yang terjadi. Sampah dan zat seperti plastik, DDT, deterjen dan sebagainya yang tidak ramah lingkungan akan semakin memperparah kondisi pengrusakan alam yang kian hari kian bertambah parah.
Sebab Pencemaran Lingkungan di Air dan di Tanah :
1. Erosi dan curah hujan yang tinggi.
2. Sampah buangan manusia dari rumah-rumah atau pemukiman penduduk.
3. Zat kimia dari lokasi rumah penduduk, pertanian, industri, dan sebagainya.
Salah satu penyebab pencemaran di air yang paling terkenal adalah akibat penggunaan zat kimia pemberantas hama DDT. DDT digunakan oleh para petani untuk mengusir dan membunuh hama yang menyerang lahan pertanian.
DDT tidak hanya berdampak pada hama namun juga binatang-binatang lain yang ada di sekitarnya dah bahkan di tempat yang sangat jauh sekalipun akibat proses aliran rantai makanan dari satu hewan ke hewan lainnya yang mengakumulasi zat DDT. Dengan demikian seluruh hewan yang ada pada rantai makanan akan tercemar oleh DDT termasuk pada manusia.
DDT yang telah masuk ke dalam tubuh akan larut dalam lemak, sehingga tubuh kita akan menjadi pusat polutan yang semakin hari akan terakumulasi hingga mengakibatkan efek yang lebih menakutkan.
Akibat adanya biological magnification / pembesaran biologis pada organisme yang disebabkan oleh penggunaan DDT.
a. merusak jaringan tubuh makhluk hidup
b. menimbulkan otot kejang, otot lehah dan bisa juga kelumpuhan
c. menghambat proses pengapuran dinding telur pada hewan bertelur sehingga telurnya tidak dapat menetas.
d. lambat laun bisa menyebabkan penyakit kanker pada tubuh
sumberhttp://keslingmks.wordpress.com/2008/08/15/penyebab-sebab-dan-akibat-pencemaran-lingkungan-pada-air-dan-tanah-kesehatan-lingkungan/

THANKS FOR READING ;)

kegiatan vandalisme

Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rata-ratanya perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang terpengaruh dengan budaya `punk’ dan `rock’ dart Barat.
Vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori remaja. Pertama, perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh mereka yang hanya ingin mengecapi keseronokan berbuat demikian. Mereka mungkin berbuat demikian sekadar untuk menghabiskan masa lapang. Kedua, golongan remaja yang mengalami konflik jiwa yang hebat. Remaja yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian menyebabkan mereka melakukan vandalisme untuk menarik perhatian orang ramai. Ketiga, golongan yang terdiri daripada mereka yang tidak puas hati dengan keadaan diri dan masyarakat. Keempat, golongan remaja yang dilamun cinta. Vandalisme yang dilakukan oleh golongan ini bertumpu di tamantaman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Golongan ini dikuasai dorongan emosi diri.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti rogol, mencabul kehormatan dan melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, belanja yang tinggi diperlukan untuk membersihkan tempat yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang bukannya sedikit.
Vandalisme juga boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Sekiranya didapati kedai orang Cina diconteng oleh remaja Melayu atau India, berkemungkinan ia akan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara kaum. Ini akan menyukarkan lagi usaha mewujud perpaduan kaum dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, sekali gus mengancam keselamatan dan kestabilan negara.
Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan. Sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Benarkah begitu? Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Kalau perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan perbuatan vandalisme. Oleh itu, penyelesaian dan jalan keluar perlu dicari seperti menyediakan tempat khas untuk para remaja meluahkan isi hati.
Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan tidak ada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya, remaja yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat demikian.
Kesimpulannya, masyarakat boleh memainkan peranan penting memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Misalnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja patut mendidik anak-anak dengan contoh teladan baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak timbul fenomena kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa
sumberhttp://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/golongan-remaja-mudah-terpengaruh-dengan-kegiatan-vandalisme/

THANKS FOR READING ;)